Friday, 6 April 2012

SHISHA ??? Apa Tuee !!!!!

Blogger2 semua mesti pernah dengar pasal SHISHA. betol x?? di sini SP nak share sikit story mengenai shisha. Kebetulan pula SP baru habis bershisha .. hhehe...

Shisha merupakan sejenis WATER PIPE atau paip air. pelik kan? Shisha berlainan dengan rokok, kerana shisha hanya menggunakan air di bawah balang dan mempunyai PIPE untuk di sedut serta bekas di atas untuk mengisi perisa atau FLAVOUR. kemudiannya di bakar dengan arang.

Shisha berfungsi di mana , setelah arang yang berada di atas bekas yang berisi FLAVOUR tersebut di bakar, kita akan menyedut PIPE dari botol shisha itu dan air di bawah balang tersebut akan mengelegak seperti kita tiup air menggunakan straw. Wap/ASAP akan naik melalui PIPE tersebut dan masuk ke dalam mulut . 

Shisha tidak perlu di tarik , hanya sedut sahaja dan hembus ,berlainan rokok pula. Rokok pula di sedut dan di tarik untuk merasakan NIKMATnya itu .

Ade juga shisha yang menggunakan bekas untuk mengisi FLAVOUR dan ada juga menggunakan NENAS. Kreatif x mamat2 yang bukak kedai shisha. hahaha ...

Nak story panjang takot blogger2 malas baca. korang tgk la gambar kat bawah nie .. 





# SP nak pesan, SP tak suka tgk kaum2 wanita ( gegurl ) hisap shisha sebab kebodohan menjatuhkan imej sendiri terserlah. Kalau kaum2 lelaki tak pe la :)
# Kalau nak shisha sedap SP sarankan shisha naqib yang SP selalu pergi terletak di Batu 9, Cheras , Kuala Lumpur ,56000.. kalau x tahu tmpt tu, boleh la inform ngn SP . 




MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!

Apa itu RO ??

SP nak story di sini mengenai surat RO . ramai masyarakat tidak mengerti terutama kepada sesiapa yang tidak pernah memiliki kereta . RO merupakan salah satu notis yang di keluarkan terhadap pemilik kenderaan kerana atas kesalahan mereka seperti tidak membayar bulanan kereta. RO bermaksud repossession order ( perintah semua milik ) *translate google . Setelah RO di keluarkan , akan di ikuti dengan beberapa Tailong Tailong atau Call Man yang akan menarik kereta anda anda yang tidak membayar :)


Berlainan pula dengan RO air, atau Reverse Osmosis, RO ini berfungsi untuk menapis air2 yang kotor  ,dan akan keluarnya air yang jernih atau Pure WAter..
Kalau blogger2 tak faham,kat bawah ni ade proses RO.



# SP ingat RO tu Ragnarok ... hahaha ... n then lepas baca story sal RO, baru SP faham.. Belajar dari kesilapan :)


MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!

Thursday, 5 April 2012

Jumaat !!!

Hari jumaat seperti mana yang blogger2 tahu merupakan hari yang paling bermakna dalam semua hari. Hari jumaat merupakan PENGHULU SEGALA HARI seperti hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari). Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


Selain itu juga, hari jumaat merupakan hari bagi kaum2 ADAM menunaikan solat jumaat 2 rakaat dan juga hari yang paling mustajab dan istimewa untuk kita memohon doa, pertolongan, nur hidayah daripada Allah .





Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”



# Jumaat merupakan hari yang paling mulia dan istimewa buat semua umat islam di muka bumi Allah ini. SP harap dengan story ni kita mendapat keberkatan dan ilmu daripada perkongsian story SP. Salah silap maafkan SP :) 


MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!

Hebat !!!!!!!!

Kepada blogger2 yang ingin membeli kereta sila la baca ini ... :)
SP tolong "PROMOTE" kan jea ... jiran SP dealer nie la ... 






MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!

Petua Warna Hijau !

Pernah dengar tekanan darah tinggi ??? Penyakit ini kebanyakkan terkena pada kaum lelaki .. kaum wanita ada juga yang terkena. Tekanan darah tinggi akan membuatkan seseorang cepat ngantuk, letih, lemah tenaga batin, mati pucuk, dan sebagainya. 


SP nak story kat sini cara2 untuk mengubati penyakit ini. Info ini SP dapat daripada kawan-kawan, pakcik2,jiran2 dekat rumah SP jugak ..


Petua nya adalah berasaskan sayuran hijau seperti :


Daun Pegaga.
Mesti korang semua pernah tgk kan daun ni, daun ni dapat mengurangkan tekanan darah tinggi di samping awet muda :)



Pucuk betik.
Jadikan pucuk betik sebagai ulam ulam ketika makan tengah hari :)


Daun sambung nyawa.
Juga di jadikan ulam ulam ketika makan :)


Daun tenggek burung.
Juga di jadikan ulam sambil2 cicah sambal belacan


Daun pandan.
Di "BLEND" dan campur air. Setelah selesai,tapis air dan minum.
3x satu hari :)


#InsyaALLAH segala story SP ini dapat membantu pengurangan darah tinggi dan yang selebihnya adalah kerja kerja Allah. Kita hanya mampu berdoa :)





MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!

Wednesday, 4 April 2012

ANuGeRaH ALLAH S.W.T.

Bayi merupakan satu anugerah dalam kehidupan bagi pasangan yang sudah berkahwin. Bayi juga di kategorikan sebagai Rezeki yang Allah berikan kepada kita. Apabila keluarnya kaum Adam atau Hawa dari perut seorang ibu maka hendaklah di azankan kepada bayi tersebut agar godaan2 syaitan tidak terhasut di fikiran bayi ...

Didik la bayi dengan ilmu agama yang secukupnya dan jadikanlah bayi tersebut seorang anak yang soleh dan solehah. Ingatlah, orang yang jahat kemudiannya dia bertaubat , dosanya terhapus ibarat bayi yang baru di lahir . Begitu indah dan mulianya perjalanan yang Allah tetapkan.

#Sekadar renungan untuk SP dan blogger2 semua :)

MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!

Selawat Nabi Dan MaKsuDNYa

Selalu kita selawat pada Nabi Muhammad S.A.W dengan penuh keikhlasan dan keyakinan. Hari ni SP ada berikan maksud nya sekali kepada blogger2 :)

#SamaSama Kita Hayati Dan Renungankan

^^Di baca dari kiri ke kanan, Sorry kalau xnampak sangat, tapi SP da cuba besarkan namun tidak menjumpai tekniknya pun adoi terber ...  :)



MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!

Bahana DUIT !!!

Duit segala2nya ... Dengan duit kita mampu beli apa sahaja .. kereta,motor,lori,bas,trelar, karipap,cekodok,cucur udang,mee hun sup,mee goreng dan macam2 la.. Senang cite dalam dunia ni SEMUA PAKAI DUIT ! berak pun rm.050 au !!





Tapi orang tua2 kata duit x boleh wat kita bahagia , n mcam2 lagi, 
Sebenarnya DUIT boleh beli KEBAHAGIAAN...

SP bongkarkan segalanya dengan cara kita :

D : Doa 
   U : Usaha
    I : Ikhtiar
      T : Tawakal

Untuk mencapai kebahagiaan itu
:)




MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!

Ada Udang Di Sebalik BATU !

Kucing merupakan seekor binatang yang amat comell dan manje .. ada gak kalangan blogger2 semua ada bela kucing, tapi SP nak "STORY" dekat sini kisah kucing .



SP ada dengar desas desus yang mengatakan kucing lah yang mengajar " SI RIMAU " memanjat pokok. Ketika itu si rimau berjumpa dengan kucing dan bertanyakan APAKAH KELEBIHAN KAU KUCING?

Lalu kucing berkata, aku boleh memanjat dahan pokok tersebut dengan menggunakan tangan dan kaki ku. Kucing terus memanjat pokok tersebut pantas si rimau ingin menuntut ilmu setelah melihat kelebihan kucing itu.

Tetapi si rimau mempunyai muslihat tersendiri mengapa si rimau ingin sangat menuntut ilmu memanjat pokok. Hal ini kerana si rimau akan menjadikan kucing sebagai mangsa bg bekalan makanannya. Si rimau terfikir , sekiranya dia mengejar kucing sudah semestinya si kucing akan mencari pokok untuk memanjat, dengan kelebihan yang ada pada si rimau ,dia dapat memanjat pokok tersebut.

Tetapi !!! si kucing lebih pintar dari si rimau, kerana si kucing tidak mengajar si rimau teknik untuk menurun dari pokok ... Di sebabkan itu lah si rimau tidak dapat mengejar si kucing kerana si rimau tidak tahu teknik menurun pokok ...

\

si kucing hanya tertawakan si rimau dan berkata " Tidak semua ilmu yang dapat ku berikan kepada kau si rimau , kerana aku tahu aku akan menjadi mangsa mu kelak "

MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!