Hari jumaat seperti mana yang blogger2 tahu merupakan hari yang paling bermakna dalam semua hari. Hari jumaat merupakan PENGHULU SEGALA HARI seperti hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Selain itu juga, hari jumaat merupakan hari bagi kaum2 ADAM menunaikan solat jumaat 2 rakaat dan juga hari yang paling mustajab dan istimewa untuk kita memohon doa, pertolongan, nur hidayah daripada Allah .
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
# Jumaat merupakan hari yang paling mulia dan istimewa buat semua umat islam di muka bumi Allah ini. SP harap dengan story ni kita mendapat keberkatan dan ilmu daripada perkongsian story SP. Salah silap maafkan SP :)
MaNa MuNgKiN SP TiPU !!!
Salam jumaat :) haha
ReplyDeletesalam jumaat juga SS ... :) cantik nama
Deleteheheh, maseh maseh :D
Deletebukan maseh .tapi terima kasih .kihkihkih
Deleteselamat hari jumaat.. hehe.. >_<
ReplyDeleteselamat hari jumaat CKJ . HAHAHA ..
Deleteiye SP thanks.. hahaha..
Deletesama2 hahahah
Delete